Tuesday, May 22, 2012

Gambar kereta baru Dato Lee Chong Wei

 Ferrari F430.......RM sejuta lebih...no.pendaftaran BLG 1

 Ini kereta lamanya....Nissan GTR.

Thursday, May 17, 2012

Annuar : FAM , tunjuk di mana salah saya.

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun dan semalam diberi amaran oleh badan itu, mempersoalkan 'tindakan terbaru' dikenakan ke atas beliau."Di mana salahnya?" soal Annuar dalam reaksinya dipetik dari laman sosial Facebooknya.
Annuar yang juga Preside...n Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak yang memberi amaran keras kepada beliau agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.Malah menurut beliau, sikap sedemikian juga menunjukkan badan induk itu cuba mengganggu fokus Kafa dalam usaha menjuarai Piala FA, Sabtu ini."Ada pihak yang tidak senang hati melihat kemunculan saya di TV, malah mempertikaikan kenapa saya masih lagi hadir di Majlis rasmi."Lagipun titah Presiden FAM sebelum ini, 'This is a free country, and I'm a free citizen', jadi apa masalahnya?" kata Annuar.
Pandangan Annuar merujuk kepada kenyataan Taufik yang menyatakan beliau telah melanggar keputusan jawatankuasa tatatetib dengan menghadiri satu majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors di kafe The Red Warriors di Kota Bharu, kelmarin.Beliau menegaskan bahawa majlis itu adalah anjuran Fan Club KELATE.NET dan The Red Warriors Cafe dan bukannya gabungan FAM ataupun Kafa."Saya hadir atas kapasiti peribadi dengan melancarkan CD dikir barat dan kempen jualan, tiket anjuran mereka, jadi saya tidak tahu di mana salahnya?" kata beliau sambil menambah, "lagipun saya digantung dari aktiviti bola sepak, bukannya dilucut dari jawatan."
Sementara itu, kenyataan Taufik yang tidak menggalakkan Annuar hadir pada pertemuan final Piala FA antara Sime Darby dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti dikhuatiri menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk mengatur tempat duduk bagi memenuhi protokol beliau yang berstatus Tan Sri, Annuar berkata, itu semua tidak memberi masalah kerana bagi beliau isu protokol tidak memberi sebarang kepentingan."Hanya orang gila pangkat dan mabuk kuasa sahaja sibuk dengan protokol dan kedudukan dirinya, kita rakyat biasa dan manusia biasa, 'we have nothing to lose, stop all provocation, enough is enough'."Saya tidak perlu dijemput atau disambut dengan protokol, itu semua tidak ada masalah bagi saya.
 Insya-Allah saya akan tetap berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini," tambah beliau.
 
Awal bulan lalu, Annuar digantung dua setengah tahun apabila melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.Selain itu, Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut.Oleh NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH, SINAR HARIANSee More
 
TSAM sudah pun beli 5 keping tiket untuk dia dan ahli keluarganya. Tidak seperti sesetengah kakitangan FAM, pangkat tak sebesar mana tapi mintak pass percuma untuk satu keluarga. Ohhh.....malu sungguh ambo.....kalau tak ada duit tak payah lah gi stadium, tengok TV cukup lah.

Sebarang peraturan dan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sepatutnya akan terbatal dengan sendirinya.

Malangnya ada persatuan yang masih mengguna pakai peraturan yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
Kecuali undang-undang dan peraturan RIMBA yang ditetapkan oleh Harimau, Singa , Gajah, Berok dan Monyet.....itu kita tak boleh nak kata apa.....kerana mereka bukan warga negara Malaysia (tak ada MyKad).

Selamat Hari Guru....lewat satu hari.

Tuesday, May 15, 2012

Tok Guru sokong pasukan Annuar Musa.

Main mmolek lah wey........biar menang jange kaloh.....cuti ambo doh luluskan. Nok gapo lagi....pitih tak dop lah......cukup lah tu.

Wednesday, May 9, 2012

Fina Nasrom kritik TRW......sekarang awak telan lah balik..


Fina Nasrom kata : AFC pun merangkak-rangkak..................................................
Pak Man kata : Biarlah kami merangkak-rangkak, tapi akhirnya kami duduk di puncak...........juara kumpulan H tuuu......sekarang kenapa awak senyap?. komen lah lagi. Baru setahun jagung jadi wartawan Astro Arena dah rasa macam hebat sangat.

Monday, May 7, 2012

Ismail Faruqi sudah kahwin

Selamat Pengantin Baru Ismail..........Irfan Bakti sempat curi masa datang meraikan bekas pemain anak didik beliau .

Saturday, May 5, 2012

Wednesday, May 2, 2012

Pemain import Kedah sungguh hebat, tapi........

 ....pemain import Kelantan laaaagii hebat..........

 Lebih 5000 penyokong TRW datang dari merata negeri di seluruh pelusuk tanah air....berbaloi-baloi....

Ambo banggo denge puok-puok demo.................

Ghaddar bagi baju.....seluar....semua nya utk peminat.....tinggal seluar dalam.

Terharu.....sungguh terharu.....kawan lamo.......semasa belajar di Tadika Kemas.

Terima kasih banyak-banyak kerana puok demo semua nya nampok main bersungguh-sungguh....nanti TSAM akan bagi bonus....tadah lah jabil.